♥ Usia Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

♥ Sahabat Izni ♥

Wednesday, September 28, 2011

Saya cinta awak sebab........

Salam juz want 2 share ...

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun 

begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!


Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak

boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan 

awak tidak boleh menerangkannya.

...
Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh

 buktikan bahawa saya memang cintakan awak!


Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada 

saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang 

mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu 

menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi 

dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan 

sebabnya?


Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, 

comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, 

dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman 

manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya 

bersama awak!



Si Gadis tersenyum 

dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi.

 Namun begitu selang 

beberapa hari si Gadis mengalami

kemalangan 

dan koma.


Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis 

di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... 

sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak 

boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat 

bersuara.


 Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya 

mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? 

Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang 

bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh 

mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya 

mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? 

Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.



Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. 

Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak 

lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya 

masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.

Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang 

ikhlas. 

Saya terima awak seadanya. Kadangkala 

perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh 

dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai 

dalam hati..


awak, saya cintakan awak tade sebab.. :')

~ SALAM ~ 
Nota Kaki Arisyah = I ♥ U sayang
 ~ Ejan ♥ Eizny 4 ever~

No comments:

Rngnkn blog shout box tepi lmbg UITM