♥ Usia Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

♥ Sahabat Izni ♥

Sunday, August 21, 2011

Tentang Lelaki.....♥♥♥

Salam
ade info iz dpt
n i want 2 share
coz sharing is caring :)

♥ Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

♥ Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

♥Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

♥Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang...so sweettt

♥ Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

♥Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

♥Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

♥Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

♥Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

♥Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

♥ Lelaki juga akan menangis. ....=) iz da wat syg iz nanges hehe

♥ Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

♥Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

♥ Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

♥ Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

♥ Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

♥ Lelaki amat sayang ibu mereka.

♥ Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

♥ Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

♥ Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

♥ Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

♥ Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

♥ Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

♥ Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

♥ Lelaki lebih banyak berfikir.

♥ Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

♥ Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

♥ Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

♥ Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

♥ Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

♥ Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

♥ Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

♥ Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

♥ Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

♥ Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

♥ Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

♥ Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada a.k.a GEDIK!

info dari laman web ni


SALAM ~ 

Nota Kaki Arisyah = sbb 2 la sy syg lelaki sy...
*Mhmd Syahrizan B. Samsudin*
lots of ♥♥♥♥ 4 him :)
 ~ Ejan ♥ Eizny 4 ever~

2 comments:

ina zarina said...

ye.betul tu eiz.when a guy falls in love kn~

tp selepas 3 4 tahun bercinta?10 tahun kahwin??teramat sgtlah beruntung kalau lelaki tu stay the same kan.hihi.most of them??na'a~hik3.rasanye la~^_^

~Eizny Ejan~ said...

hehhee btol2.. amat untung if dia stay ngan kta hehhe :D

Rngnkn blog shout box tepi lmbg UITM