♥ Usia Blog ♥

Daisypath Anniversary tickers

♥ Sahabat Izni ♥

Tuesday, May 18, 2010

Sedihnya !!! skap melayu Singapura!

Salam
Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Orang Singapura yang jahil agama... Ini jadik kalau Kafir yg memerintah

Pengguguran anak di Singapura... ......Just to share reality dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahny a masih merah darah dan sebahagian
lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan( gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman
baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. 


 






 
  

~Salam~
nota kaki = tersntuh haty tgk gmbo2 ni....  ='

Blogger 
Templates







5 comments:

AzRi AzyAn said...

mane gmbr? x kuar...

Insan said...

moga mendapat keinsafan ....

noor afzan said...

x dok gambar pun?

Nur said...

ini le orang yang tidak ada iman.. dunia makin kering dan layu.. dosa semakin berat dan besar.. aku lagi sedih.. org nak anak, diorang ni buang anak ... bodoh ini manusia..

gd day friend

AzRi AzyAn said...

kesian sgt...ni sume manusia yg xde hti n prasaan..

Rngnkn blog shout box tepi lmbg UITM